KADAR zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan bermula RM7 hingga RM22 mengikut jenis beras yang dimakan.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan memaklumkan, kadar RM7 yang kekal seperti tahun sebelum ini adalah bagi umat Islam yang memakan beras Super Special Tempatan lima peratus.
Menurut LZS, ia juga adalah kadar wajib minimum sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Bagaimanapun, LZS memberitahu, kadar zakat fitrah bagi pengguna beras super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM15 tahun ini.
“Kadar zakat fitrah untuk umat Islam yang memakan beras jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya turut dinaikkan RM1 berbanding tahun lalu kepada RM22.
“Penetapan kadar zakat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam Selangor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras,” katanya dalam kenyataan.
Kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan ini telah diperkenalkan oleh LZS sejak 2018.
Tahun lalu, kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan pada RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras yang dimakan.
Baca artikel lain: MAIWP peruntuk dana zakat RM230.63 juta perkasa modal insan
Sementara itu, LZS berkata, pihaknya akan menggunakan kupon fitrah berwarna bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan.
Katanya, kupon hijau mewakili kadar RM7, kupon merah bagi RM15 dan kupon oren untuk RM22, selaras dengan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.
“Sepanjang Ramadan ini, LZS turut melantik 2,836 Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah.
“Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAF bertauliah yang dikenal pasti melalui kad tauliah dan sijil lantikan rasmi daripada LZS,” katanya.
Selain itu, LZS memaklumkan, pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui 18 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 97 maahad tahfiz serta sekolah agama swasta di Selangor.
Pada masa sama, agensi itu turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat.
“Antara saluran pembayaran zakat yang boleh dilakukan secara dalam talian adalah melalui EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my; Perbankan internet; Portal MyEg; Pos Online; Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

