KADAR zakat fitrah di Sabah bagi tahun ini ditetapkan pada RM7.50 bagi mereka yang menjadikan beras putih import sebagai makanan harian manakala RM15 bagi beras wangi.
Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memaklumkan, penetapan kadar itu berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras iaitu kadar beras dimakan oleh majoriti penduduk.
“Zakat fitrah diwajibkan terhadap setiap individu beragama Islam yang bermastautin di Sabah dan hendaklah ditunaikan mengikut jenis beras yang menjadi makanan harian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, MUIS menyeru umat Islam menyempurnakan ibadah zakat fitrah sebagai tanda kesyukuran serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

