Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara

Dari Penulis

PERALATAN sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi tahun ini, pemasangan sistem berkenaan antaranya dirancang dilaksanakan di enam lokasi di Sarawak melibatkan dua di Kuching dan masing-masing satu di Bau, Kapit, Limbang dan Miri.

“Ia akan dilengkapi dengan sensor pergerakan, tolok hujan, kamera litar tertutup dan juga siren,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Nik Nazmi berkata, kerja-kerja bagi projek pemasangan aliran puing dan penanda aras pergerakan sesar di kawasan risiko bencana geologi di sekitar Gunung Kinabalu, Sabah dijangka bermula pada penghujung tahun ini.

Baca artikel lain: JKR diminta pantau pergerakan tanah lokasi tanah runtuh di Kapit

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan Rang Undang-Undang (RUU) Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) diangkat ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada penggal ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata Malaysia perlu memperkukuh daya saing STI supaya berupaya mengharungi cabaran seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan struktur perdagangan antarabangsa, revolusi teknologi global yang berkembang pesat serta cabaran perubahan iklim yang semakin ketara.

“Pada masa ini, tiada peruntukan perundangan peringkat nasional yang khusus bagi menerajui dan menyelaras aktiviti berkaitan STI yang bersifat merentasi pelbagai kementerian dan agensi,” katanya ketika menggulung perbahasan usul berkenaan bagi MOSTI.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This