KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti cadangan untuk menggabungkan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam serta penjajaran jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan Penguat Kuasa Kesihatan Awam, Dzulkefly berkata cadangan itu telah dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) kepada pihaknya.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini sedang diteliti secara mendalam, bukan sekadar untuk memenuhi permintaan, tetapi untuk memastikan sistem penguatkuasaan kita lebih berkesan, lestari dan sejajar dengan keperluan semasa,” katanya.
Baca artikel lain: Penyanyi Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack meninggal dunia
Turut hadir pada majlis makan malam itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat.
Dzulkefly juga berkata beliau akan meneliti semula cadangan untuk menjadikan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia sebagai acara rasmi dalam takwim tahunan KKM.
“Saya difahamkan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia pada setiap 26 Sept, telah pun diiktiraf oleh KKM pada 2016, tetapi ia masih belum dijadikan acara rasmi dalam takwim tahunan KKM.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

