MALAYSIA komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peralihan tenaga ASEAN tidak boleh dilaksanakan secara berasingan dan tiada negara yang dapat mencapai matlamat kemampanan tanpa kerjasama serantau yang kukuh.
âKekuatan kerjasama kami akan menentukan sejauh mana lancar dan berkesannya kita menyahkarbon ekonomi selain memastikan jaminan dan kemampuan untuk mendapatkan tenaga.
âWalaupun Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Mampan adalah langkah ke hadapan yang baik, kita perlu berusaha untuk pergi lebih jauh,â katanya dalam ucaptama bertajuk Pembiayaan Mampan untuk Peralihan Tenaga pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN 2025 hari ini. Â
ASEAN memerlukan anggaran US$1.5 trilion dalam pelaburan iklim menjelang 2030 untuk sejajar dengan matlamat kemampanan global, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).
Fadillah juga berkata peraturan kewangan mampan perlu diselaraskan dalam ASEAN untuk mengurangkan ketidakpastian pelabur dan memudahkan aliran modal merentas sempadan.
âKita perlu menyeragamkan rangka kerja bon hijau, menyelaraskan keperluan pendedahan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta meningkatkan mekanisme kredit karbon untuk membuat pelaburan rentas sempadan dalam tenaga bersih dengan lancar dan cekap.
âSektor kewangan perlu menerajui transformasi ini. Daripada membiayai projek tenaga boleh baharu dalam skala besar kepada menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menggunakan teknologi hijau, penyelesaian pembiayaan perlu inovatif, inklusif dan boleh diakses oleh semua,â katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama awam-swasta (PPP) untuk berkongsi risiko pelaburan dan mempercepatkan projek tenaga bersih; menggunakan model kewangan campuran dengan menggabungkan pembiayaan konsesi dengan pelaburan swasta untuk meningkatkan tarikan projek hijau untuk dibiayai serta mengembangkan pasaran karbon dan bon peralihan untuk memanfaatkan sumber modal baharu selain memberi insentif kepada syarikat yang melaksanakan penyahkarbonan.
Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah berani dalam perkara ini apabila negara meningkatkan insentif pelaburan hijau, memperluas tawaran sukuk hijau dan menambah baik akses korporat kepada tenaga boleh baharu melalui Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
Selain itu, katanya melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM), Malaysia menerajui usaha integrasi serantau, memudah cara perdagangan tenaga boleh baharu rentas sempadan, termasuk dengan Singapura dan memastikan aliran modal yang cekap.
Mengenai peranan sektor perbankan dan kewangan, Fadillah berkata ia bukan lagi hanya mengenai pemberian pinjaman, ia mengenai menerajui dengan penyelesaian kewangan berstruktur, mengurangkan risiko projek hijau dan menyokong perniagaan dalam peralihan mereka ke arah kemampanan.
âDengan teknologi baharu yang akan datang⌠sektor kewangan perlu menerajui dan memudah cara.
âBukan lagi mengenai sistem perbankan tradisional, kita perlu kreatif dan inovatif supaya ia bersesuaian dengan keperluan pemain industri, hala tuju kerajaan, hala tuju dunia. Jika anda menggunakan pendekatan konservatif, tiada pinjaman.
âLebih penting lagi, ia mesti mampu milik dan mampan, kemudian barulah ada jaminan dari segi bekalan, tenaga dan sebagainya,â katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV âshortcutâ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik âAdd to Homescreenâ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

