RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.

Anwar berkata, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa RUU itu bakal menyebabkan hak dan tanah rizab Melayu dirampas adalah satu penipuan semata-mata.

“Kalau tanah itu tanah rizab Melayu, maka ia kekal rizab Melayu, kalau tanah itu kerajaan negeri kekal (milik) kerajaan negeri, kalau tanah itu milik strata perseorangan (maka ia) kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah 2025 di Alor Setar, hari ini.

Baca artikel lain: Bernas agih RM15 juta kepada pesawah sempena Ramadan – Anwar

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar berkata beliau tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam kediaman yang sempit dan usang, sebaliknya akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyediakan rumah yang lebih selesa dengan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat.

“Tengok di Kuala Lumpur, Flat Seri Perlis, dibuat pada tahun 60-an, dah hampir 50 tahun dan usang…(hanya ada) satu bilik dan yang duduk di situ yang paling miskin.

“Saya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, takkan nak biar macam tu? Nak bangunkan macam mana? Kenalah pinda undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak benar tentang perkara itu sehingga mengadakan perhimpunan bagi membantah RUU berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Hafez Sabri dalam kenyataan berkata pihaknya merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi membantah RUU Pembaharuan Semula Bandar yang bakal dibentangkan di Parlimen.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This