Bernas agih RM15 juta kepada pesawah sempena Ramadan – Anwar

Dari Penulis

GOLONGAN pesawah di seluruh negara bakal menerima agihan sumbangan membabitkan peruntukan berjumlah RM15 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membantu mereka melakukan persediaan awal Ramadan dan Syawal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM30 juta yang dipersetujui Bernas untuk disalurkan bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Saya minta Bernas bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan Bernas jana keuntungan daripada pesawah, jadi mereka setuju untuk menyumbang RM30 juta sebelum ini.

“Kita akan salurkan (dahulu) RM15 juta kepada pesawah bagi meringankan beban mereka membuat persediaan awal Ramadan dan Syawal,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 dekat Jerlun, Kedah, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Baca artikel lain: Dunia Islam alami defisit kepercayaan – PM

Anwar berkata, bantuan berkenaan akan diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Bernas dalam masa terdekat.

Pada 13 Februari lepas, Anwar mengumumkan tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Anwar dilapor berkata persetujuan itu disampaikan Syed Mokhtar ketika beliau menghubungi tokoh berkenaan susulan pengumuman harga lantai belian padi yang diselaraskan kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan pesawah berkaitan pelbagai isu antaranya benih padi dan baja yang dikatakan kurang berkualiti sehingga memberi kesan kepada hasil padi.

Beliau berkata KPKM juga akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan termasuk pesawah bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This