SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.
Baginda bertitah sehubungan itu, rakyat diminta supaya tidak membiarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil memecahbelahkan masyarakat.
“Jangan biarkan perbezaan menjadi punca perpecahan, sebaliknya hormatilah antara satu sama lain dan carilah titik persamaan demi kesejahteraan bersama.
“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua pihak agar perlu sentiasa bersangka baik. Janganlah kita terlalu cepat menilai seseorang atau sesuatu perkara dengan sikap negatif,” titah baginda semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantan, malam tadi.
Baca artikel lain: Hormati proses undang-undang, jangan berterusan bahas isu Titah Adendum – Sultan Pahang
Berangkat sama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kerajaan supaya menyantuni dan prihatin terhadap rakyat di samping pembangkang memainkan peranan membina serta memberi cadangan yang baik.
“Semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat mesti meninggalkan sikap suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar yang akan melemahkan perpaduan serta menghakis nilai moral dalam masyarakat,” titah baginda.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

