MENGANGKAT tema ‘Safaa dan Warna’ mengindahkan lagi konsep Ramadan Raya Munawwareen bagi 2025 dengan memperkenalkan koleksi
terbaru yang menggabungkan sentuhan ‘middle east’ bertemu klasik dengan rekaan kontemporari yang moden dan ‘tak lapuk dek zaman’.
Safaa membawa maksud “kesucian” atau “ketenangan” yang berkait rapat dengan bulan Ramadan. Konsep kesucian, yang diwakili oleh perkataan Safaa, sesuai sebagai penegasan buat umat Islam dalam usaha membersihkan diri secara rohani.
Pilihan warna pula sinonim dengan kepelbagaian tema semasa Aidilfitri, bukan sekadar untuk bergaya, tetapi membawa makna yang lebih mendalam berkaitan dengan kegembiraan, kerohanian, identiti budaya, dan perayaan. Tidak salah jika tidak sedondon, kerana yang diraikan bukanlah harta dunia semata, tetapi masa bersama keluarga!

Koleksi Safaa dan Warna dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan ‘Chapter 1’, diikuti dengan ‘Chapter 2’ dan diakhiri dengan ‘Chapter 3’. Koleksi raya ‘Chapter 1’ mempunyai 9 kreasi yang menampilkan pelbagai pilihan warna Abaya yang direka khas dari fabrik dan manik jahitan yang berkualiti tinggi dengan potongan yang longgar. Koleksi ini sudah dilancarkan pada 20 Januari lalu di Butik Munawwareen, Putrajaya dan di platform laman sesawang www.munawwareen.com.
Manakala Ceritera Safaa dan Warna ‘Chapter 2’ pula tampil dengan 14 koleksi Abaya termasuk Baju Kurung Klasik yang membuat kemunculan buat julung kalinya.
Manakala, Chapter 3 pula bakal dilancarkan bermula 7 Mac ini dengan 28 koleksi Abaya yang mengutamakan kesederhanaan namun tetap dalam gaya, sesuai untuk individu yang mencari Abaya yang elegan dan mudah dipakai.

Lebih istimewa, pada tahun ini Munawwareen turut memperkenalkan ikon mereka iaitu Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, seorang tokoh ilmuan yang dikenali dengan kelembutan, kebijaksanaan, dan ketokohan dalam membimbing ummah.

Menurut Pengarah Urusan Munawwareen, Datuk Hajah Aliza Binti Abu Bakar, pihaknya amat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan penceramah terkenal itu yang bukan sahaja dikenali sebagai pendakwah tetapi juga ikon wanita Muslimah yang berintegriti.

“Beliau melambangkan nilai-nilai yang sejajar dengan jenama kami iaitu kesederhanaan, keanggunan dan keindahan dalam kepatuhan kepada agama. Saya percaya pakaian bukan sekadar penampilan, tetapi cerminan identiti dan keperibadian,” katanya.
Majlis pelancaran eksklusif yang berlangsung di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal
seperti Datin Anne Ngasri, Niena Baharun, Syaza Bae, Maria Tunku Sabri, Fiza Sabjahan dan ramai lagi. Kehadiran pempengaruh media sosial juga memberi impak besar kepada penyebaran keistimewaan koleksi ini, menarik perhatian lebih ramai pencinta fesyen Muslimah
dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama ini dalam industri fesyen Muslimah.

“Setiap helaian direka khas untuk menyerlahkan kecantikan dan keanggunan wanita Muslimah tanpa berkompromi dengan nilai kesopanan.
Munawwareen percaya bahawa fesyen adalah satu bentuk ekspresi, dan setiap koleksi yang kami hasilkan bertujuan untuk meraikan kecantikan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.
“Dengan pilihan yang lengkap, kami berharap koleksi ini dapat memberikan pengalaman raya yang lebih bermakna dan bergaya kepada setiap pelanggan istimewa kami,” ujarnya.

