Umat Islam tunai tarawih malam pertama Ramadan di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang

Dari Penulis

TARAWIH…Masjid seluruh negara kembali meriah sebaik tibanya bulan Ramadan dengan bermulanya solat sunat tarawih secara berjemaah. 

Tinjauan UtusanTV di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang malam ini mendapati para jemaah tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memperoleh keberkatan Ramadan dengan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah.

Sebahagian daripada jemaah-jemaah menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Solat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut sepanjang 23 rakaat juga berlangsung dalam keadaan harmoni dan tenang dengan imam masjid membaca surah-surah lazim.

Jemaah-Jemaah kelihatan teruja untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Jamek Cina Muslim yang pertama di Selangor ini dan telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 5 Disember 2024 lalu. 

Sebahagian daripada jemaah-jemaah menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Umat Islam seluruh negara akan mula berpuasa esok seperti mana pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), semalam.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 1 Ramadan bersamaan 2 Mac menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Gelagat kanak-kanak ketika menunaikan solat Tarawih di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada jemaah-jemaah menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada jemaah-jemaah menunaikan solat Tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Mujahid Muhamad Zan di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada jemaah-jemaah berjalan keluar setelah selesai menunaikan solat Tarawih di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This