Beautiful Malaysia gabung menu tradisi dan busana warisan, sahut seruan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

Dari Penulis

Meraikan keunikan tradisi di Malaysia menerusi kepelbagaian masakan, busana warisan dan kesenian budaya Malaysia, Grandmama’s, FM Group dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menganjurkan program Beautiful Malaysia, baru-baru ini.

Beautiful Malaysia disempurnakan dengan pertunjukan fesyen dari FM Group yang menggabungkan teknik sulaman, pengunaan fabrik batik dan songket serta pemadanan aksesori pakaian tradisional Melayu.

Dari kiri: Ketua Pemasaran dan Jualan Grandmama, Nancy Tan, Chef Raja Kamarzaman (cef Grandmama) dan pereka fesyen yang juga Pengarah FM Group, Farel Mikhail.

Pengarah FM Group, Farel Mikhail, menjelaskan program ini turut membantu dalam mencapai objektif untuk memartabatkan seni kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

“Dalam usaha ke arah memartabatkan budaya, fesyen ini sama seperti makanan dan seni budaya. Ini adalah medium berkesan untuk memelihara dan mengembangkan identiti budaya kita agar dapat kekal relevan serta diteruskan oleh generasi akan datang.

“Ini secara tidak langsung, kami juga menyahut usaha kerajaan memperkasa, memelihara dan memulihara sejarah, budaya dan warisan negara agar kita dapat mencintai budaya yang menjadi lambang tradisi.

“Dengan menyatakan kepelbagaian makanan, fesyen dan seni, acara  ini antara inisiatif dan tanggung jawab kami sebagai batu lonjakan dalam membantu kerajaan menjalankan promosi awal Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Majlis diserikan dengan persembahan koleksi busana warisan dengan gabungan kreativiti daripada duo pereka fesyen Farel Mikhail dan Jonathan Kok, Wan Penanti (Pulau Pinang), Zhu Said (Kedah), Arm Nabil (Melaka), Norariffin D’Jejari Emas & Mohd abass Seri sanding Bridal (Sarawak), yang menunjukkan keanggunan busana tradisional Wanita Melayu Malaysia mewakili setiap negeri  di Malaysia.

Sementara itu, KEMAS mengambil peranan utama dengan mempamerkan warisan artistik Malaysia melalui demonstrasi langsung teknik sulaman tradisional.

Program yang berlangsung di Restoran Grandmama’s, Pavilion Damansara Heights ini  bertujuan untuk menzahirkan penghargaan terhadap warisan Malaysia dengan mengintegrasi unsur tradisional dengan ekspresi kontemporari.

Ketua Chef Grandmama’s. Cef Raja Kamaroszaman berkata, ‘Keindahan Rasa’ yang ditampilkan juga melambangkan identiti budaya kita.

“Tema ini sebenarnya merupakan cara kita meraikan identiti budaya dan kepelbagaian dalam negara.

“Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman yang menyeluruh yang bukan sahaja menyambut tetapi juga mendidik dan mengilhamkan komuniti kita mengenai kekayaan budaya Malaysia.

“Dengan hidangan seperti Nasi Byriani Ayam Kambus yang unik, Rendang Tok tradisional dari Perak, dan Laksa Kari yang merupakan signature kami, menggambarkan keindahan rasa Malaysia.

“Menerusi respon positif yang kami terima, kami rasa bangga dapat menyediakan hidangan yang bukan sahaja memuaskan tetapi juga mengukuhkan kebersamaan semasa musim perayaan,” katanya.

Acara ini menampilkan bufet berbuka puasa terbaharu Grandmama’s, yang dikenali sebagai Keindahan Rasa. Bufet Iftar Grandmama’s berharga RM89++ seorang dan kadar istimewa sebanyak RM59++ untuk warga emas dan kanak-kanak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Integrasi NeuroStream™ Pemangkin Bandar Pintar, Neurovia AI Lantik Rashed Aleghfeli Peneraju Operasi Timur Tengah

SYARIKAT gergasi penyedia teknologi automasi maklumat global, Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO), secara rasminya mengumumkan pelantikan tokoh korporat terkemuka Emiriah...

More Articles Like This