Lokasi yang cukup strategik di tengah bandar, namun memberi ketenangan dengan suasana hotel yang cukup damai umpama resort, MiCasa All Suite Hotel menawarkan harga bufet serendah RM139 seorang dewasa.
Berinspirasikan Icip Icip Desa dengan hasil air tangan Cef Adrian, pengunjung dibawa menikmati hidangan kampung di Utara dan Selatan antaranya masakan bonda seperti asam pedas tetel, itik salai masak lemak cili api dan kerabu kerisik kulit timun.
Turut disediakan menu popular hotel tersebut adalah Lautan Seafood, nasi ambeng, nasi ulam ayam percik, kambing bakar dan juga sup ekor.

“Antara juadah menarik yang bakal disajikan, kerisik kulit timun, nasi ambeng, nasi ulam ayam percik, asam pedas tetel, itik salai dan masak lemak cili api.
“Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis kuih Melayu, 10 jenis jeruk, pengat pisang dan nangka, cendol, teh tarik dan pelbagai air balang,” katanya dalam satu kenyataan.


Lebih menarik, MiCasa All Suite Hotel turut menyediakan stesen di mana chef akan memasak hidangan secara langsung di hadapan pengunjung untuk memastikan hidangan disajikan dalam keadaan segar.
“Dengan cara ini, ia akan memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk pengunjung melihat sendiri bahan-bahan yang berkualiti digunakan untuk juadah berbuka puasa,” jelasnya.


Harga bufet bermula dari RM139 bersih untuk dewasa dan RM95 bersih untuk warga emas serta kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Tawaran bufet Ramadan di MiCasa All Suite Hotel boleh didapati bermula 7 Mac hingga 23 Mac depan dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

