PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad. 

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Saluna Mat Jusoh ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Cherating, Kuantan, dalam siri Ziarah MADANI.

“Pendapatan suaminya, Encik Hasim sebagai nelayan hanya sekitar RM1,000 sebulan dan dia turut berdepan dengan keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk turun ke laut.

“Saya juga dimaklumkan oleh Pegawai Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota mengenai keadaan rumahnya yang uzur melibatkan atap bocor, dinding mereput dan keadaan dapur yang daif menjadikan rumah ini bukan lagi tempat berteduh selesa buat mereka sekeluarga.

“Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Puan Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih agar ia lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri. 

Ahmad Farhan berharap bantuan itu dapat memberikan sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga kerana dalam negara MADANI, setiap rakyat berhak hidup dengan lebih selesa dan bermaruah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This