Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan

Dari Penulis

PLATFORM yang membolehkan pemilik akaun memfailkan aduan bagi mencabar tindakan menurunkan sebarang kandungan di media sosial akan diwujudkan di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata menerusi platform itu, pengguna media sosial juga boleh mengemukakan alasan yang munasabah bagi mempertahankan setiap kandungan mereka daripada diturunkan.

“Di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, kita akan wujudkan satu platform yang sesiapa sahaja kalau kandungan mereka diturunkan boleh memfailkan aduan dalam tribunal tersebut untuk mereka pertahankan mengapa hantaran itu tak sepatutnya diturunkan.

“Jadi bukan segalanya (di bawah) kuasa MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Kita ada prosedur semak dan imbang untuk memastikan setiap keputusan MCMC juga boleh dicabar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai kebimbangan proses pelesenan penyedia perkhidmatan Internet dan media sosial digunakan sebagai alat untuk kerajaan menurunkan kandungan kurang disenangi, terutama semasa musim pilihan raya.

Baca artikel lain: Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media

Menjawab soalan lanjut Wan Saifulruddin mengenai tindakan kepada penyedia perkhidmatan Internet dan media sosial yang belum memohon lesen sebagai penyedia perkhidmatan, Teo berkata MCMC sedang menjalankan penelitian lebih mendalam bagi memastikan segala isu penguatkuasaan kerangka pelesenan itu dapat diselesaikan.

Teo berkata bagi tujuan itu, MCMC menjalankan tinjauan sendiri untuk memastikan jumlah sebenar pengguna di penyedia platform berkaitan bagi membolehkan ia dilesenkan.

“Kami dalam proses untuk buat tadbir urus dengan penyedia platform dan proses dah mula dengan Meta (yang mengoperasikan platform Facebook, Instagram dan WhatsApp), X dan Google.

“X pertikai mereka mempunyai lapan juta pengguna Malaysia dalam platform mereka…oleh sebab itu, X kata mereka tak perlu memohon lesen tersebut, jadi MCMC perlu buat kajian sendiri untuk pastikan jumlah pengguna yang ada supaya boleh hujah balas dengan X untuk mereka perlu dapatkan lesen di bawah kerangka perlesenan ini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This