PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN

Dari Penulis

SETIAP parti komponen Barisan Nasional (BN), Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan datang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua parti komponen juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi.

“Hari ini saya bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC.

“Esok kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di Tapah hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Baca artikel lain: PRK DUN Ayer Kuning: Enam calon disenarai UMNO Perak untuk pertimbangan

Saarani berkata, setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan dengan lancar, malah pembentukan kerjasama antara kepimpinan sangat kukuh.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata komponen BN akur dengan sebarang keputusan kepimpinan tertinggi untuk memastikan kerusi yang dimiliki gabungan itu dapat dikekalkan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon yang senada dengan Saravanan berkata ahli BN diingatkan supaya berwaspada dengan gerak kerja musuh politik dan tidak memandang mudah cabaran pada PRK Ayer Kuning.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada Jumaat ini selepas berlaku kekosongan luar jangka kerusi susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Nov 2022, Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This