KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.
“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat butiran terperinci mengenainya,” kata kementerian itu hari ini menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.
Pada Isnin, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam dilaporkan berkata, pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.
Baca artikel lain: Pendekatan MITI di APEC pastikan ekonomi global yang berdaya tahan – Tengku Zafrul
“Persoalannya ialah sama ada Malaysia adalah destinasi terakhir, atau, dari Malaysia, ia dihantar ke tempat lain, yang kita masih tidak pasti pada tahap ini.
“Tetapi kami berpandangan mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu,” katanya.
Menurut laporan berita Singapura, cip itu dibenamkan dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

