Malaysia, Australia setuju tubuh JWG dalam pendidikan tinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Australia bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) bagi mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

Ia susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara yang telah ditandatangani, tahun lalu.

Perkara itu dibincangkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke di Parlimen.

Dalam hantaran di Facebook, Zambry berkata, beliau dan Danielle telah berbincang pelbagai kerjasama yang boleh dilakukan antara institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia dan Australia.

Menurut beliau, ia termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Baca artikel lain: Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM

“Kerjasama di peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi terus dijayakan.

“Australia antara negara yang terkehadapan dalam pendidikan tinggi.

“Kita turut mengajukan untuk Australia terlibat secara langsung di dalam program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti Festival of Ideas (FOI), program pembangunan kapasiti dan kepimpinan wanita serta tajaan pelajar di bawah Colombo Plan,” katanya dalam hantaran tersebut.

“Diharapkan pertemuan ini akan membentuk usaha sama lebih erat antara kedua-dua negara dalam pendidikan tinggi dan bidang lain seperti kemahiran serta TVET, susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi pada tahun lepas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penjenayah dikehendaki terlibat Geng TR berjaya ditahan

SEORANG suspek yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng TR berjaya ditahan dalam operasi khas dikenali...

More Articles Like This