Lapan rumah di Sekinchan musnah akibat kepala angin

Dari Penulis

SEBANYAK lapan buah rumah musnah dalam kejadian ribut di Jalan Ban Lesen, Parit 4, Sekinchan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 7.48 pagi.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian dan mendapati berlaku kejadian ribut kepala angin di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak lapan buah rumah musnah akibat tiupan angin yang kencang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, komander operasi telah mengarahkan penduduk setempat untuk keluar dari rumah yang musnah dan berkumpul di lokasi yang selamat.

Anggota bomba telah membuat pemeriksaan pada rumah yang terlibat dan mendapati tiada mangsa yang cedera atau maut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This