PENYANYI dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakan masih perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Peguam bela mewakili Eda Ezrin dan Sufian Abdul Aziz berkata, ia berikutan mereka perlu menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat mahkamah hari ini.
“Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas daripada pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.
“Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan lagi, menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
“Namun jika sebulan sudah tamat, pihak pendakwaan boleh membuat rayuan pada bulan kedua.
“Namun kebiasaannya pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Jelasnya, sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini memihak kepada anak guamnya sebagaimana hari ini, maka kes berkenaan dianggap selesai sepenuhnya.
Terdahulu, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, di sini, hari ini daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

