Penjawat awam Perak terima bonus raya RM1,500

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di negeri itu, disalurkan pada 24 Mac ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian BKK itu turut melibatkan Orang Besar Jajahan (OBJ), guru lantikan negeri, pekerja sambilan harian dan pekerja kontrak.

Beliau berkata, pemberian itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta selain akan memanfaatkan 13,582 penerima.

“Tahun lepas kita berikan RM1,000, namun alhamdullillah dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T pada tahun ini, kita dapat tingkatkan jumlah pemberian tersebut.

Baca artikel lain: BN bersiap awal hadapi PRK DUN Ayer Kuning – Saarani

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan penjawat awam yang banyak membantu dalam meningkatkan pendapatan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Penjawat Awam di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, malam tadi.

Terdahulu, kira-kira 1,000 penjawat awam Perak hadir pada majlis berbuka puasa itu.

Pada tahun lepas, kerajaan negeri menyalurkan bantuan raya sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri Perak membabitkan implikasi kewangan RM8.8 juta yang memanfaatkan 8,804 penerima.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This