PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, semalam berikutan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hal itu sudah dibincangkan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi panggilan telefon pagi tadi.
“Pagi saya dapat panggilan dari Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) yang juga Presiden UMNO. Beliau dan saya sudah bincang yang kita tidak akan tunggu pengumuman SPR, (sebaliknya) kita terlebih dahulu buat program aktiviti ke arah memenangi PRK.
“Saya akan berjumpa jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah empat peringkat termasuk Ketua Cawangan pada Rabu ini mengenai persediaan yang perlu dibuat walaupun masih dalam kesedihan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Liputan 5G di Kelantan capai 67 peratus – Teo
Terdahulu, Saarani menyertai solat jenazah di Masjid An Nur Desa Sri Ampang selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Desa Sri Ampang.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia pada pukul 11 pagi tadi.
Saarani menjelaskan, soal calon BN bagi berdepan PRK itu akan ditentukan jawatankuasa pilihan raya dan akan dirujuk kepada Presiden parti.
“Kita akan menubuhkan jawatan kuasa pemilihan dan berunding dengan Presiden. Saya percaya dengan kekuatan UMNO dan BN Tapah yang sedia ada, kita boleh menang di kawasan itu (Ayer Kuning),” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

