SEORANG anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat Seremban malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh.
“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan.
— Bernama
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

