Rakaman dashcam jadi bukti kemalangan tular, penunggang motosikal telah disaman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKAMAN video papan pemuka (dashcam) menjadi bukti kecuaian penunggang motosikal dalam kemalangan di dalam terowong Jalan Keramat-Pulai, Ipoh pada 10 Mei lalu yang turut tular di media sosial.

Justeru, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan satu saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal berusia 20 tahun itu.

Menurut beliau, saman itu dikeluarkan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Pada masa sama, Muhammad Najib berkata, saman turut dikeluarkan atas kesalahan memandu tanpa lesen.

Beliau berkata, peringkat awal siasatan menyaksikan keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak terlibat didapati bercanggah berhubung punca kemalangan.

“Selain itu, pengadu juga tidak mengemukakan rakaman dashcam semasa laporan awal dibuat.

“Sehubungan itu, kes telah diklasifikasikan sebagai rujuk kepada majistret (RKM) sementara menunggu bukti tambahan.

“Pada 20 Mei 2026, pihak polis telah menerima rakaman dashcam yang memaparkan kejadian sebenar kemalangan tersebut. Rakaman berkenaan telah diteliti dan dijadikan sebagai bukti tambahan dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Najib memaklumkan, siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Honda dipandu lelaki berusia 26 tahun, sebuah Perodua Myvi dipandu wanita berusia 34 tahun serta sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap siasaan dijalankan secara profesional, telus serta berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil adalah berpandukan hasil siasatan serta keterangan yang mencukupi tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebabkan maklumat yang tidak tepat berhubung kes ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” jelas beliau.

Insiden berkenaan mendapat perhatian umum selepas seorang pengguna akaun di Threads berkongsi video kemalangan dengan hantaran mempersoalkan siasatan dijalankan polis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This