Suntik modal Sapura Energy pastikan kelangsungan industri O&G – PERDASAMA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan untuk menyuntik dana dalam Sapura Energy Berhad disifatkan satu langkah strategik dalam memastikan kelangsungan syarikat serta kestabilan industri minyak dan gas negara.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Mohd Azamanizam Baharon berkata, Sapura Energy mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi negara kerana memainkan peranan penting dalam sektor tenaga.

Menurut beliau, ia khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan tenaga kerja tempatan dan menyokong ekosistem industri berkaitan.

Mohd Azamanizam berkata, PERDASAMA yakin syarikat dapat terus menjalankan operasi dan melaksanakan penstrukturan semula kewangan bagi memastikan daya saingnya dalam pasaran global.

“Langkah kerajaan ini juga dilihat sebagai satu pendekatan proaktif dalam mengelakkan kesan domino kepada sektor kewangan negara memandangkan Sapura Energy mempunyai hubungan perniagaan dengan pelbagai syarikat tempatan termasuk lebih daripada 2,000 vendor yang majoritinya terdiri daripada syarikat bumiputera.

“Suntikan dana ini bukan sahaja membantu syarikat tetapi turut memberi manfaat kepada seluruh rantaian bekalan yang menyokong sektor minyak dan gas negara khususnya dalam memastikan kesinambungan projek-projek melibatkan vendor-vendor tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Audit forensik Sapura perlu didedahkan kepada umum – Akmal Saleh

Mengulas lanjut, Mohd Azamanizam turut menekankan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan dana berkenaan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau berkata, kerajaan dan Sapura Energy disaran mengambil pendekatan yang inklusif dengan melibatkan pemegang kepentingan dalam membangunkan pelan pemulihan yang mampan dan berkesan.

“PERDASAMA akan terus menyokong inisiatif kerajaan yang membantu memperkukuh daya saing syarikat tempatan sekali gus menjamin kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, suntikan modal baharu yang diberikan kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy tidak sama sekali manfaatkan pemegang saham atau pengurusan syarikat itu.

Beliau berkata dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.
Pengurusan baharu profesional telah dilantik bagi melaksanakan proses penstrukturan semula syarikat itu, kata beliau.

Anwar yang merangkap Menteri Kewangan menekankan, suntikan modal baharu berjumlah RM1.1 bilion itu juga adalah khusus untuk pembayaran hutang Sapura Energy dengan vendor iaitu melibatkan 2,000 vendor perusahaan kecil sederhana (PKS) minyak dan gas tempatan yang majoritinya syarikat bumiputera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This