LPG bersubsidi: PERDASAMA sokong pendekatan prihatin kerajaan tak ulang kesilapan lalu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Pedagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyokong penuh pendekatan prihatin kerajaan yang tidak mengulangi kesilapan pentadbiran lalu berhubung isu tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Ia berhubung langkah kerajaan membenarkan peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman untuk terus menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan.

Presiden PERDASAMA, Mohd Azamanizam Baharon memaklumkan, keputusan yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali itu menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI bukan sekadar pembuat dasar.

Sebaliknya, kata beliau, itu turut membuktikan Kerajaan MADANI mendengar dan membetulkan dasar yang memberi kesan kepada rakyat khususnya peniaga kecil dan penjaja yang menjadi tulang belakang ekonomi komuniti.

“Pindaan kepada PPKB pada tahun 2021 sebelum ini dibuat tanpa mempertimbangkan kesan besar kepada peniaga mikro seperti penjual nasi lemak, pisang goreng dan air balang yang sangat bergantung kepada LPG bersubsidi dalam operasi harian mereka.

“Di bawah pimpinan Perdana Menteri, kerajaan tidak menuding jari menyalahkan dasar terdahulu sebaliknya mengambil langkah penyelesaian yang cepat dan berkesan demi kelangsungan hidup peniaga kecil. Inilah semangat kerajaan yang berpaksikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azamanizam menjelaskan PERDASAMA turut menyokong penuh pelaksanaan Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membanteras penyelewengan LPG bersubsidi oleh pihak industri dan kartel besar.

Baca artikel lain: LPG bersubsidi: Langkah bernas kerajaan selesai isu ‘perut’ rakyat

Menurut beliau, Ops Gasak itu bukan untuk mengganggu penjaja kecil tetapi bagi menutup lubang ketirisan subsidi negara yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Subsidi adalah hak rakyat, bukan untuk dimonopoli oleh syarikat besar.

“PERDASAMA menyeru semua ahli dan komuniti perniagaan kecil untuk terus menyokong langkah kerajaan dalam memastikan keadilan ekonomi ditegakkan dan subsidi dinikmati oleh mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Terdahulu, Armizan dalam sidang media memaklumkan perniagaan makanan serta minuman mikro dibenarkan untuk terus menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa memerlukan PBKB.

Armizan memberitahu, kebenaran itu diberikan sehingga pindaan dilakukan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan 2021) dimuktamadkan.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan pindaan itu akan dapat dimuktamadkan sebaik sahaja Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) selesai pada 31 Oktober depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki kurung remaja tukar pengakuan tidak bersalah buat amang seksual

SEORANG lelaki yang mengurung dan mengikat remaja lelaki berusia 14 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan...

More Articles Like This