KEPUTUSAN audit forensik terhadap Sapura Energy Berhad (SEB) perlu didedahkan kepada umum, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Muhamad Akmal dalam kenyataan di media sosial berkata, hukuman yang setimpal juga perlu dikenakan sekiranya ada mana-mana pihak yang melakukan salah laku dalam SEB.
Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan individu pertama mencadangkan langkah pemulihan SEB sebelum ini.
“Antara cadangan untuk memulihkan SEB yang diutarakan Najib ketika berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa tahun lepas adalah Petronas mengambil alih SEB dan SEB meminjam dari bank dengan jaminan kerajaan.
“Terima kasih PMX (Anwar) kerana meluluskan pinjaman kepada SEB untuk menyelamatkan syarikat negara ini dan jutaa terima kasih juga kepada Najib kerana berkongsia cadangan yang baik untuk negara,” katanya.
Media semalam melaporkan SEB memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
Dalam satu kenyataan, SEB menjelaskan pihaknya memeterai perjanjian pembiayaan bersyarat dengan MDH, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha penstrukturan semula kewangannya, mengukuhkan komitmen SEB terhadap kemampanan jangka masa panjang.
MDH, sebuah syarikat tujuan khas Menteri Kewangan (Diperbadankan), menetapkan hasil langganan itu hanya akan digunakan untuk penyelesaian atau pembayaran liabiliti yang terhutang oleh SEB Group kepada penyedia perkhidmatan Malaysia yang beroperasi dalam atau menyokong sektor minyak dan gas di Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

