Ditipu agensi umrah RM90,000, tekanan darah tinggi Aaron Aziz naik hingga bacaan 179!

Dari Penulis

AKTOR Datuk Aaron Aziz mengalami kerugian hampir RM90,000 akibat ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah.

Lebih membuatkan dirinya berang apabila sepanjang bekerjasama dengan syarikat terbabit, dia langsung tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan.

“Gaji tak dapat, komisen pun tiada. 

“Malah, saya bagi pinjam hampir RM90,000 pun tak dibayar,” tulisnya di akaun Insragram miliknya.

Seakan sudah jatuh ditimpa tangga, kejadian itu juga berlaku selepas isterinya, Datin Diyana Halik mengalami kerugian ekoran bekas pekerja mencuri wang syarikat.

Tertekan dengan dugaan yang dialami, tanpa disedari ia turut menganggu kesihatannya sehingga perlu dirawat di hospital.

“Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada.

“Sampai di hospital, tekanan darah 179,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aaron turut berkongsi video bacaan tekanan darah ketika dirawat di pusat perubatan yang menunjukkan kadar bacaannya yang agak tinggi berbanding normal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This