Attana Hotel santuni gelandangan di Pusat Komuniti Chow Kit dan pelajar tahfiz

Dari Penulis

Seramai 250 orang gelandangan menerima sumbangan berupa pek makanan dan biskut pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Attana Hotels & Resorts (Attana) di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

Pengurus Besar Attana Hotel dan Resort Sdn. Bhd., Mohd. Iqmal Muslim berkata, ini merupakan tahun kedua pihaknya menjalankan khidmat CSR dan berhasrat untuk meneruskan misi bagi memperkasakan masyarakat terutamanya kepada golongan yang memerlukan.

Pengurus Besar Attana Hotel dan Resort Sdn. Bhd., Mohd. Iqmal Muslim (dua dari kanan).

“Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada organisasi lain dalam membawa kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi sempena keberkatan bulan Ramadan.

“CSR ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan serta memperkukuh komitmen Attana terhadap tanggungjawab sosial.

“Di Attana, kami percaya pada kekuatan memberi kembali kepada masyarakat dan komitmen syarikat terhadap inisiatif berteraskan komuniti mencerminkan dedikasi kami untuk membawa perubahan bermakna,” katanya selepas sesi penyerahan bantuan kepada golongan gelandangan.

Program ini dijalankan bersama lima buah hotel terkemuka dibawah naungannya termasuk hotel Perdana KLCC, Espira Kinrara, Villea Morib, Villea Port Dickson dan Villea Rompin Resort & Golf merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kepada masyarakat.

Sementara itu, program ini turut disokong oleh Keluarga Nilam (Kumpulan Bebas) melalui sumbangan kewangan manakala PERTIWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan bantuan serta panduan logistik bagi memastikan kelancaran program.

Selain itu, Attana dan Nilam turut menganjurkan majlis berbuka puasa khas bersama anak-anak dari Rumah Perlindungan Qaseh, Taman Melawati dan Akademi Sains dan Tahfiz Al-Quran Sains Wangsa Melawati di Perdana KLCC.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

ReGlo perkenal Skin Turnover Protocol, sistem selamat dan tidak invasif untuk pembaharuan kulit berterusan

RAWATAN yang mampu memberikan hasil yang ketara lazimnya disertai dengan iritasi, sensitiviti dan tempoh pemulihan yang lama. Manakala produk...

More Articles Like This