‘BAY MyCARE 2025: Sehelai Baju Raya Untuk Dia’ ceriakan 260 anak yatim

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 260 anak yatim daripada sembilan rumah kebajikan diraikan dengan sumbangan baju raya menerusi program ‘BAY MyCARE 2025: Sehelai Baju Raya Untuk Dia’ dianjurkan MyCARE.

Program dengan kerjasama Society of Petroleum Engineers (SPE) itu bertujuan membawa kegembiraan kepada golongan kurang bernasib baik sekali gus membolehkan mereka merasai kemeriahan Aidilfitri.

MyCARE dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut turut mendapat sokongan daripada syarikat Jakel yang menyediakan lokasi bagi sesi pemilihan pakaian raya.

Selain baju raya, MyCARE turut menyumbang biskut raya kepada kesemua anak-anak yatim tersebut.

“Seramai 50 sukarelawan daripada SPE dan MyCARE turun padang untuk membantu dan memeriahkan acara,” katanya dalam kenyataan itu.

Anak-anak yatim yang diraikan dalam program BAY MyCARE 2025: Sehelai Baju Raya Untuk Dia’

Sementara itu, Pengerusi Kepelbagaian & Inklusiviti SPE-KL, Dr. Zahidah Md Zain berkata, inisiatif itu bukan sekadar memberikan pakaian tetapi lebih kepada mencipta kenangan indah buat anak-anak yatim.

“Melihat senyuman mereka ketika memilih pakaian sendiri sudah cukup membuktikan betapa pentingnya program sebegini. Ia memberi mereka keyakinan dan rasa dihargai, sama seperti kanak-kanak lain yang meraikan Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SPE, TS Anwarudin Saidu Mohamed, menegaskan bahawa kerjasama SPE dalam program ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial mereka untuk membantu masyarakat.

Baca artikel lain: Gaza: Delegasi Malaysia akan kembali dengan lebih bersemangat

“Kami percaya bahawa setiap individu berhak merasai kegembiraan Aidilfitri, dan dengan sokongan semua pihak, kita dapat membantu mereka yang memerlukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Roha Hassan

Pengurus Besar Operasi MyCARE, Roha Hassan, menyatakan bahawa inisiatif ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan yang mencukupi untuk memberikan pakaian kepada setiap anak yatim yang terlibat.

Katanya, program itu tidak hanya tertumpu kepada penyediaan pakaian raya tetapi juga menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Kami amat berterima kasih kepada semua penyumbang, rakan kerjasama, serta sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini. Setiap sumbangan yang diberikan telah membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

MyCARE turut menyeru masyarakat untuk terus menyokong inisiatif ini pada tahun-tahun akan datang.

Selain program pakaian raya, MyCARE juga meneruskan BAY MyCARE 2025: Iftar Bersama Anak-anak Yatim yang akan berlangsung di Palestin, Syria, Yaman, Afghanistan, Filipina, Lubnan dan Malaysia.

Majlis berbuka puasa ini akan melibatkan hampir 3,000 anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan serentak pada 20 Mac 2025 bersamaan 19 Ramadan 1446H.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan kes libat Azam Baki dirujuk ke AGC Khamis lalu

KERTAS siasatan berhubung dua kes didakwa melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki...

More Articles Like This