Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke Sinai

Dari Penulis

MESIR menafikan dakwaan yang disebarkan oleh beberapa media yang negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke sebuah bandar raya yang ditetapkan di utara Sinai sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir (SIS) dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan yang dakwaan itu tidak berasas dan bercanggah sepenuhnya dengan pendirian tegas serta prinsip Mesir yang dinyatakan sejak awal pendudukan ke atas Gaza pada Oktober 2023.

“Mesir secara tegas dan muktamad menolak sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa atau sukarela ke mana-mana lokasi di luar Gaza, terutamanya ke wilayah Mesir, kerana ia akan membawa kepada penghapusan perjuangan Palestin dan mengancam keselamatan negara Mesir,” menurut SIS.

Baca artikel lain: MPPD beri lesen sementara kepada penjual petai berniaga secara sah

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pendirian jelas dan berterusan Mesir menjadi asas kepada rancangan yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab di Kaherah baru-baru ini bagi pembinaan semula Gaza.

Menurut kenyataan itu, rancangan yang dicadangkan Mesir untuk menyokong pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan walau seorang rakyat Palestin dari wilayah mereka diterima sebulat suara oleh sidang kemuncak itu.

— BERNAMA-QNA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan kes libat Azam Baki dirujuk ke AGC Khamis lalu

KERTAS siasatan berhubung dua kes didakwa melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki...

More Articles Like This