BEKALAN elektrik di kawasan sekitar Johor Bahru, Johor yang ditutup ekoran kejadian banjir telah pun pulih sepenuhnya, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline.
“Penutupan bekalan elektrik di kawasan sekitar Johor Bahru, Johor akibat kejadian banjir telah pulih sepenuhnya.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan. Kesabaran anda amat dihargai,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, TNB dalam kenyataan memaklumkan, secara berterusan melaksanakan usaha memulihkan bekalan elektrik di Johor, termasuk kawasan seperti Kangkar Tebrau yang terjejas akibat banjir.
Baca artikel lain:Jumlah mangsa banjir tiga negeri menurun kepada 8,274 pagi ini
Syarikat itu menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan komuniti yang terjejas.
“TNB mengutamakan pemeriksaan menyeluruh, pembersihan dan ujian terhadap semua infrastruktur elektrik yang terjejas akibat banjir, bagi memastikan pemulihan bekalan elektrik dapat dilakukan dengan selamat. Pasukan teknikal kami bekerja tanpa henti di lapangan bagi mempercepatkan proses pemulihan.
“Penyelesaian alternatif, termasuk bekalan kuasa sementara turut disediakan di kawasan yang memerlukan, bagi menyokong perkhidmatan kritikal dan keperluan penting. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui TNB Careline dan saluran media sosial rasmi TNB,” menurut kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

