Jojie kongsi rahsia awet muda & bertenaga dalam Semanis, Ella antara pengguna terawal cuba!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

NAMANYA dalam industri seni tempatan tidak asing lagi sejak 35 tahun lalu. Siapa yang tidak mengenali nama Jojie Aminuddin yang merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella.

Kelibatnya sentiasa ada menemani penyanyi terkenal itu, baik ketika menghadiri sidang akhbar malah di konsert juga wanita ini sentiasa ada menjadi tulang belakang.

Karier seninya seakan tiada noktah walaupun usianya sudah menginjak ke angka 60 tahun. Namun, Jojie atau nama lengkapmya Rozita Aminuddin sentiasa kelihatan bertenaga, awet muda dan ceria sepanjang masa.

Kerap ditanya tips kekal muda dan jelita sekaligus membuatkan dirinya terpanggil untuk berkongsi rahsia yang sudah puluhan tahun diamalkan.

Mengamalkan bahan-bahan alami dan makanan sunnah, Jojie mahu semua pengguna merasai keaslian Semanis by Jojie Beauty yang lahir daripada pasukannya.

“Orang selalu tanya saya, apa rahsia kekal muda dan bertenaga walaupun usia saya dah 60 tahun. Saya memang pengamal makanan-makanan sunah seperti habatussauda.

“Bila dah selalu sangat orang tanya apa tips nak jadi macam saya, terfikirlah untuk keluarkan satu produk yang diinspirasikan oleh saya sendiri.

“Semanis ialah mimuman campuran vitamin C dengan ekstrak blueberi, torula yeast ekstrak, ekstrak kulat putih, halia dan habatussauda sebagai ramuan utama,” katanya.

Tambah Jojie, dia mengambil masa hampir setahun bagi proses kajian sebelum benar-benar yakin untuk memasarkan Semanis.

Pada masa sama, dia akui pengguna sudah mulai bijak sebelum membeli sesuatu produk agar tidak tertipu dengan bahan timbang kilo.

“Banyak cabaran dan dugaan yang perlu kami lalui sebelum terhasilnya Semanis. Malah, proses Research dan Development juga ambil masa yang sangat lama sebab saya nak pastikan keberkesanan produk ini.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang sebab saya sangat menekankan bahan-bahan yang digunakan dalam Semanis semuanya dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kami juga dah dapat ujian logam berat dan microbiologi bagi mengesahkan tiada pencemaran dalam Semanis,” ujarnya.

Sementara itu, Jojie turut mendedahkan Ella antara orang pertama yang menjadi ‘tikus makmal’ Semanis bagi melihatkan hasil penggunaan produknya.

“Ella dah cuba Semanis dalam masa tiga hingga enam bulan. Memang dia beritahu dengan saya mengenai keberkesanan minuman ini.

“Sebagai seorang kakak dan pengasas produk, saya perlu berkongsi terlebih dahulu dengan ahli keluarga. Ella antara ‘mangsa’ saya (ketawa).

“Tapi benda yang baik dan untuk kesihatan dalaman, apa salahnya untuk kita berkongsi kebaikannya,” ungkapnya.

Semanis dijual pada harga RM65 dengan 15 sachet dalam sekotak. Ia boleh didapati dengan stokis dan ejen-ejen yang dilantik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This