Serangan siber, penyebaran maklumat palsu cabar keselamatan negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ANCAMAN keselamatan bukan tradisional termasuk serangan siber, kempen maklumat palsu dan penyebaran maklumat salah merupakan antara cabaran baharu yang perlu dihadapi pasukan keselamatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan yang dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu boleh merosakkan kepercayaan umum terhadap institusi penting negara seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, kata beliau, perkara tersebut boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat sekali gus tidak akan membantu pasukan keselamatan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Justeru, Mohamed Khaled menegaskan, cabaran baharu itu memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak terutama pengamal media yang menjadi sumber utama kepada maklumat.

“Sekiranya rakyat dibiarkan dengan ledakan maklumat palsu dan salah, pastinya usaha negara untuk membawa keamanan dan keselamatan akan menjadi sukar.

“Maka, saya berharap kerjasama dan sokongan berterusan dapat diberikan kepada kami supaya kita sentiasa dapat memastikan ekosistem yang selamat dan terpelihara dalam negara,” katanya.

Baca artikel lain: ATM dalam kesiapsiagaan tinggi hadapi ancaman siber

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan bersama pengamal media, hari ini.

Pada majlis yang sama, Mohamed Khaled turut meluncurkan Inisiatif Program JanaVeteran melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan pra-peluncuran aplikasi “Perwira Super App” oleh Pernama Network Sdn. Bhd. dan Mastercard International.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, media mempunyai peranan yang sangat penting dalam konteks pertahanan negara.

Menurut beliau, pengamal media memainkan tanggungjawab signifikan bukan sahaja dalam menyampaikan dan menyebarluaskan maklumat, tetapi juga memberi berita-berita yang tepat dan benar.

“Media sentiasa memberi kefahaman kepada rakyat tentang peranan, tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan serta cabaran-cabaran yang mereka hadapi terutama dalam soal untuk memastikan negara selamat dan terpelihara.

“Ini termasuk usaha memastikan ekosistem negara kita terkawal dan terpelihara yang menjadi syarat penting mewujudkan negara yang selamat, stabil dan aman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This