ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ancaman siber susulan pendedahan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjadi sasaran serangan siber.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) dan Pusat Maklumat Pertahanan Siber (CDIC) ATM sudah mengetahui mengenai serangan siber terhadap MAHB dan sedang berwaspada terhadap ancaman dalam dunia siber.
“Siber telah menjadi satu lagi cabaran yang perlu dihadapi ATM, dan peningkatan ancaman ini sepatutnya menjadi petunjuk mengapa kita perlu membentuk pasukan siber kita sendiri,” katanya kepada New Straits Times.
Mohd Nizam juga berkata tanggungjawab untuk melindungi negara daripada ancaman siber perlu dilakukan secara usaha sama oleh semua pihak.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, bahawa penggodam telah menuntut AS$10 juta susulan serangan siber terhadap MAHB.
Beliau berkata insiden itu berlaku kelmarin, namun kerajaan menolak untuk memenuhi tuntutan tersebut.
Pada Januari lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin, memaklumkan bahawa satu arahan telah diberikan bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan kelestarian mengenai pembentukan pasukan siber bagi menangani pelbagai cabaran keselamatan siber yang semakin berkembang.
Beliau berkata, bergantung kepada hasil kajian kebolehlaksanaan itu, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mesti dijadikan sebagai platform untuk menggesa penubuhan pasukan siber yang komprehensif.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

