Mohd Khaidzir Shahari dilantik CEO baharu Lembaga Zakat Selangor

Dari Penulis

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan Mohd Khaidzir Shahari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa pada 7 April ini.

Lembaga Zakat Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mohd Khaidzir itu bagi menggantikan Mohd Sabirin Mohd Sarbini yang akan melengkapkan penggal perkhidmatan tiga tahun sebagai CEO LZS pada 31 Mac ini.

“LZS berharap pelantikan Mohd Khaidzir dapat memperkukuh pengurusan dan gerak kerja, di samping mempertingkatkan tadbir urus korporat agar terus berdaya saing serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selangor, khususnya golongan asnaf,” menurut kenyataan itu.

Mohd Khaidzir mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang tadbir urus korporat, kewangan, pengurusan risiko, pematuhan, kawalan dalaman dan pengauditan.

Beliau sebelum ini merupakan rakan kongsi dan Pengarah Eksekutif di KPMG Malaysia selain mengetuai Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan di KPMG Management & Risk Consulting Sdn Bhd.

Baca artikel lain: LZS terima zakat FGV Holdings Berhad lebih RM300,000

Sepanjang kerjayanya, Mohd Khaidzir memainkan peranan penting dalam penilaian kawalan dalaman, audit risiko dan penstrukturan tadbir urus korporat.

Beliau juga berpengalaman dalam memberi khidmat nasihat dan pengauditan kepada pelbagai entiti, termasuk syarikat antarabangsa, syarikat tersenarai awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), institusi kewangan serta agensi antarabangsa.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Khaidzir merupakan akauntan bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia (MIA), ahli bertauliah di Chartered Institute of Management Accountant (CIMA), Certified Global Management Accountant (CGMA) dan Certified Internal Auditor (CIA) selain menganggotai Jawatankuasa Kewangan Islam, MIA.

Atas kepakarannya, beliau turut diberi kepercayaan menjadi Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This