KETUA Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim membidas Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan susulan insiden seorang penjaja belon dipukul oleh anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
Menurut Ghulam Muzaffar, Zaliha selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) perlu bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku di bawah agensi yang dipertanggungjawab kepada beliau.
Katanya, Zaliha juga perlu bersikap adil dan tidak hanya mendengar dari pihak pegawai-pegawai DBKL sahaja dengan insiden yang telah berlaku itu.
“Kenyataan DBKL semalam oleh Jabatan Perancangn Korporat ada mengatakan tiada kecederaan yang berlaku walhal ‘abang belon’ sedang dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan terdapat keretakan tulang. Kenyataan yang menipu rakyat.
“Mula perangai gangster, sekarang ini menjadi penipu pula. Berpegang kepada Surah Al-Ahzab Ayat 70 – ‘Wahai Orang Yang Beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH SWT dan ucapkan perkataan yang benar dan tepat’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ghulam Muzaffar turut membandingkan kepimpinan Zaliha dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, secara peribadi, Tengku Adnan dan pimpinannya sebelum ini mempunyai keperibadian yang baik dan selalu pro kepada golongan penjaja.
“Mereka faham dan berpengalaman bagaimana zaman Tengku Adnan menguruskan masalah penjaja terutamanya yang berstatus rambo atau tidak berlesen.
“Akhir kata, kepada Menteri, jangan lepas tangan dan jadikan pegawai-pegawai DBKL sebagai kambing hitam dalam perkara ini. Wajib tampil dan menyatakan ini arahan yang datang dari beliau sendiri. Adakah serigala telah menjadi tikus mondok menyorok dilubang kecil dan hitam? Wallahuallam,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

