Polis sita 10 motosikal RXZ dalam Op Khas Samseng Jalanan

Dari Penulis

POLIS menyita 10 motosikal Yamaha RXZ dalam Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu malam tadi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu memeriksa 80 motosikal di sekitar kawasan Jambatan Angkat dan Restoran Ali Spices di pusat bandar.

Beliau berkata operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam berkaitan bunyi bising daripada motosikal yang menggunakan ekzos ubah suai.

“Aktiviti itu jelas mengganggu ketenteraman orang ramai yang menunggu untuk berbuka puasa di tempat awam,” katanya ketika ditemui pada Op Selamat 24 Aidilfitri di Plaza Tol Kuala Terengganu (Tol Gemuruh) hari ini.

Baca artikel lain: MBKT arah penutupan kompleks beli-belah, pasar raya pada 1 Syawal

Selain itu, Mohd Khairi berkata 46 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, tiada brek, tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

Beliau bagaimanapun berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas 10 pemilik motosikal yang disita itu didapati negatif.

“Kita akan teruskan konsep penugasan secara risikan berdasarkan maklumat diterima daripada orang ramai. Tindakan penyamaran juga akan dilakukan bagi mengekori dan memantau aktiviti itu. Jadi, saya ingatkan pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This