POLIS telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.8, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang semalam.
Video rakaman dashcam: https://t.me/infoutusantv/9908?single
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan, tiga mangsa yang maut merangkumi seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan.
Menurut beliau, kesemua yang meninggal dunia di tempat kejadian itu menaiki kereta Honda Accord iaitu pemandu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan dua penumpang yang juga kakaknya Wong Hwee Moon, 34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61.
Zaiham memberitahu, tiga lagi penumpang kereta Honda Accord itu iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun serta dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kejadian itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.
Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain terselamat.
Baca artikel lain: 3 maut, 4 cedera dalam kemalangan 5 kenderaan di Bentong
“Siasatan awal polis mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan dari Kuantan menghala ke Kuala Lumpur yang hilang kawalan apabila sampai di lokasi kejadian lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.
“Lori tersebut kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan merempuh empat buah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.
Sementara itu, Zaiham meminta kerjasama mana-mana pihak untuk tampil membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

