3 maut, 4 cedera dalam kemalangan 5 kenderaan di Bentong

Dari Penulis

TIGA maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori lima tan, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan sebuah kenderaan jenis Subaru pada pukul 4.55 petang.

“Terdapat seorang lelaki dan dua wanita dewasa yang meninggal dunia di dalam Honda Accord dan kematian mereka telah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut.

Baca artikel lain: Tumbuk pemandu wanita: Polis tahan seorang anggota tentera bantu siasatan

“Tiga lagi mangsa dalam Honda Accord, iaitu seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengalami kecederaan.

“Mereka telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori turut mengalami kecederaan manakala lapan individu lain yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat dalam kemalangan tersebut.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terlibat dalam operasi menyelamat.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This