Kebakaran Putra Heights: Mangsa mula tiba di Hospital Sultan Idris Shah untuk rawatan lanjut

Dari Penulis

BEBERAPA mangsa yang cedera dalam insiden kebakaran saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pagi tadi, telah tiba di ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 9 pagi tadi.

Tinjauan di Hospital Sultan Idris Shah mendapati petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma sudah membuat persiapan rapi menerima dan memberi rawatan kepada mangsa.

Seorang petugas memaklumkan zon bukan kritikal dan separa kritikal juga ditutup kepada orang awam buat sementara untuk memberi laluan kepada mangsa kebakaran, bagi memastikan proses rawatan lebih lancar.

Sementara itu, ibu kepada seorang mangsa Rohanawati Ismail, 49, berkata tahap kecederaan dialami anak sulung lelakinya yang berumur 28 tahun belum dapat dikenal pasti.

“Anak saya tinggal dengan mentua di Kampung Kuala Sungai Baru, dan ada sembilan orang di rumah itu ketika kejadian. Anak saya sempat telefon saya pukul 8.20 pagi dan maklumkan ada letupan kerana gas dan dia akan dihantar ke hospital.

“Bahagian belakang badan habis melecur manakala isterinya pula melecur di bahagian kaki dan ibubapa mentua juga melecur di badan serta tiga orang ahli keluarganya di zon kritikal,” katanya ketika ditemui di perkarangan hospital.

Baca artikel lain: Kronologi kebakaran saluran gas di Putra Heights

Beliau berkata semalam pada 1 Syawal anak sulungnya beraya di rumahnya di Klang.

“Menantu saya asyik minta ampun dengan saya. Ketika itu saya pula rasa tak sedap hati,” kata ibu kepada tiga orang anak.

Seorang lelaki warga Indonesia yang datang ke hospital itu untuk menemani rakan senegaranya yang cedera akibat kebakaran itu dan hanya mahu dikenali sebagai Rusman, 30, menyifatkan kepanasan ketika kejadian itu luar biasa.

“Ketika itu saya sedang masak, terdengar bunyi letupan kuat dan saya ingat pesawat lalu. Lepas itu saya nampak api tinggi menjulang,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor.

Beliau berkata rakannya yang berumur 36 tahun dihantar ke hospital itu untuk rawatan kerana pengsan ketika berlari menyelamatkan diri.

“Saya tinggal di Kampung Kuala Sungai Baru, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian. Ketika kejadian kami lari keluar rumah menyelamatkan diri dengan menyeberangi sungai,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This