JPN akan ditempatkan di PPS, mudahkan urusan mangsa kebakaran hilang dokumen peribadi

Dari Penulis

KAUNTER Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights yang menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya bagi memudahkan pengurusan dokumen peribadi mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata hal ini kerana terdapat mangsa yang dokumen peribadi mereka musnah dalam kejadian yang berlaku pagi semalam itu.

“Kita dapati ada yang keluar (menyelamatkan diri) sehelai sepinggang, tidak mempunyai dokumen seperti kad pengenalan dan sebagainya, jadi kita sedang mengatur untuk mereka (JPN) ada bersama membuka kaunter bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di PPS itu hari ini.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Keprihatinan masjid, kuil tawar bantuan cerminkan semangat perpaduan

Berdasarkan data, sebanyak 323 mangsa daripada 84 keluarga masih berlindung di Masjid Putra Heights.

Noraini berkata pihaknya juga telah menggerakkan kaunselor daripada Yayasan Kebajikan Negara bagi memberi sokongan psikologi kepada mangsa khususnya mereka yang mengalami trauma.

“Bagi pihak kementerian, kami ingin mengucapkan takziah kepada mangsa dan ucapan syabas kepada semua pihak termasuk jawatankuasa masjid, agensi kerajaan, NGO (badan bukan kerajaan) dan semua pihak yang menghulurkan bantuan sejak semalam,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This