Kebakaran Putra Heights: KESUMA seru majikan swasta pertimbang beri cuti ihsan bergaji

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJIKAN sektor swasta diseru supaya mempertimbangkan pemberian cuti ihsan bergaji atau paid compassionate leave bagi suatu tempoh yang sesuai kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, semalam.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan berkata, pemberian cuti ihsan bergaji itu penting bagi pekerja-pekerja yang berkenaan dapat menguruskan hal berkaitan kerosakan dan kehilangan harta benda masing-masing.

Pada masa sama, KESUMA memberitahu, majikan dan pekerja yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan isu-isu perburuhan boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang berdekatan atau di talian 03-88865192 untuk bantuan serta penjelasan mengenai hak-hak pekerja dalam situasi ini.

“Bagi pekerja yang terjejas dan tidak dapat hadir ke tempat kerja dalam tempoh pemulihan, KESUMA menggalakkan mereka untuk memohon kepada majikan untuk aturan kerja fleksibel (ATK) seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 60P Akta Kerja 1955 dari aspek perubahan waktu kerja, hari bekerja atau tempat bekerja.

“Dalam hal ini, KESUMA menyeru agar majikan memberi pertimbangan yang baik dengan mengambil kira waktu kesulitan yang mereka sedang lalui dan meluluskan permohonan pekerja terbabit bagi satu tempoh yang sesuai.

“KESUMA terus komited untuk membantu menangani insiden ini dengan memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi serta memberi sokongan kepada pekerja yang terkesan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas itu, KESUMA memberitahu telah menggerakkan jabatan dan agensi di bawahnya untuk bekerjasama dengan badan-badan kerajaan yang lain.

Katanya, langkah tersebut bagi memberikan sokongan penuh kepada mereka yang terjejas dan memastikan langkah-langkah keselamatan diambil untuk melindungi keselamatan pekerja serta mempercepatkan pemulihan mereka.

Baca artikel lain: JPN akan ditempatkan di PPS, mudahkan urusan mangsa kebakaran hilang dokumen peribadi

Menurut KESUMA, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah pun ke lokasi kejadian sebaik insiden tersebut dilaporkan dan memulakan siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514 yang memperuntukkan tanggungjawab majikan dalam memastikan keselamatan pekerja di tempat kerja.

Sebagai tindakan segera, KESUMA berkata, JKKP telah mengeluarkan satu Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu dan lima notis larangan pada setiap injap blok di lokasi kejadian.

Kementerian itu memberitahu, sebarang pelanggaran terhadap peruntukan itu boleh mengakibatkan denda sehingga RM500,000 atau hukuman penjara maksimum dua tahun.

“Dalam masa sama, Skuad PERKESO Prihatin juga telah segera digerakkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Putra Heights dan sembilan hospital di sekitar Selangor sebaik insiden dilaporkan untuk memberikan bantuan sokongan kepada mangsa yang mengalami trauma serta kesan fizikal akibat kejadian itu.

“PERKESO telah mengenalpasti mangsa yang merupakan pencarum untuk menerima faedah Skim Keilatan dan sedang dalam proses menguruskan pembayaran.

“Mana-mana pencarum PERKESO yang terlibat dalam insiden ini boleh membuat semakan tuntutan di bawah skim perlindungan sosial PERKESO termasuk faedah Hilang Upaya Sementara serta Hilang Upaya Kekal tertakluk kepada tahap kecederaan yang dialami.

“Semakan boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan di talian khidmat pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This