Kebakaran Putra Heights: ABM saran pemilik terjejas hubungi bank masing-masing

Dari Penulis

PERSATUAN Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights, semalam.

“Kami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka dan kami ingin memastikan mereka yang terjejas bahawa kami komited untuk memberi sokongan dalam saat-saat yang mencabar ini,” kata ABM melalui satu kenyataan.

Persatuan itu menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi bank masing -masing bagi membincangkan sokongan yang ada melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank mereka.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Petronas akan pastikan bantuan dihulurkan mencukupi

Bank yang menjadi anggota ABM bersedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit.

“ABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel [email protected].

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This