PETRONAS akan secara aktif menyelaras kerjasama dengan kementerian berkaitan serta agensi-agensi negeri dan Persekutuan bagi memastikan bantuan mencukupi diberikan kepada mangsa yang terkena impak akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, semalam.
Syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan memaklumkan komited untuk bekerjasama rapat dengan kementerian dan agensi terlibat supaya sokongan yang berkesan diberi kepada mangsa yang terjejas.
Buat masa ini, Petronas menegaskan keutamaan adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai, memenuhi komitmen membantu mereka yang terjejas dan memelihara keselamatan bekalan gas sementara siasatan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.
“Anak syarikat senarai awam kami, Petronas Gas Berhad (PGB) yang memiliki saluran paip terjejas itu akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan bagi menilai kesan penuh insiden berkenaan.
“Pada masa sama, Kumpulan Petronas juga secara proaktif mengambil semua langkah yang perlu untuk memelihara keselamatan bekalan gas.
Baca artikel lain: Kebakaran paip gas di Putra Heights: Kawasan umpama medan perang
“Untuk tujuan ini, pasukan bekerja keras untuk mengurangkan gangguan, melaksanakan pelan kontigensi dan memulihkan operasi dengan selamat dan seefisien mungkin dengan penyelarasan bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan itu.
Petronas turut mengesahkan bahawa ketiga-tiga stesen petrol berhampiran sekitar insiden itu, PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari telah meneruskan operasi berikutan pelepasan dari pihak berkuasa yang berkaitan.
“Walaupun stesen-stesen ini tidak terjejas secara langsung, mereka ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga selaras dengan protokol keselamatan kami dan dibuka semula selepas penilaian keselamatan menyeluruh selesai.” katanya.
Petronas menegaskan komitmennya yang berterusan untuk keselamatan dalam semua operasinya dan akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa apabila maklumat lebih banyak tersedia.
“Buat masa sekarang, kami merayu kerjasama dan kesabaran semua pihak yang terjejas ketika kami bertungkus-lumus bagi menangani keadaan semasa,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

