SATU lagi inisiatif baharu – “Empowering Indian Entrepreneurs” (EIP) memperkasakan ushawan India melalui kursus latihan pengurusan perniagaan akan diberikan secara percuma dengan kerjasama TEKUN Nasional.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R.Ramanan berkata, inisiatif latihan keusahawanan yang julung kali ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan MADANI dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu usahawan komuniti India dengan memastikan perniagaan mereka dapat dijalankan secara terurus dan terancang katanya dalam satu kenyataan hari ini selepas menpengerusikan mesyuarat pemantauan SPUMI dan SPUMI Goes Big hari ini.
“Program latihan ini akan dijalankan di seluruh negara secara berperingkat – peringkat untuk semua usahawan India yang menerima pembiayaan Tekun. Program pelancaranya akan melibatkan usahawan negeri Selangor dan Kuala Lumpur dan akan diadakan dalam masa terdekat ini.
“Semasa program latihan antara topik yang akan diberikan latihan merangkumi pengurusan perniagaan, pengurusan audit, pengurusan sosial media dan isu – isu berkaitan dengan sistem perniagaan yang lebih systematic termasuk bagaimana menguruskan pembiayaan yang diterima .
” Kita mahu memastikan segala dana yang mereka pinjaman dapat diurus tadbir dengan baik. Justeru dana ini dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai usahawan India di negara ini.” Kata Datuk Seri R.Ramanan.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu juga berkata TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM8.222 Juta kepada lebih 355 usahawan India melalui inisiatif SPUMI dan SPUMI Goes Big bagi ahun 2025 setakat penghujung bulan Mac.
Tekun juga telah memperuntukan RM100 juta untuk usahawan komuniti India bagi tahun ini, jumlah yang terbesar yang diperuntukkan dibawah SPUMI sejak dilancarkan pada 2007.
Baru-baru ini Datuk Seri R.Ramanan telah mengumumkan inisiatif terbaru melalui SME Bank iaitu VANIGHAM yang memperuntukan dana sebanyak RM50 Juta dengan tujuan memperkasakan lebih 250 usahawan India di negara ini selain inisiatif lain seperti BRIEF-I dan I-BAP dengan dana keseluruhan sebanyak RM235 Juta dalam masa 3 Bulan sahaja.
“3 Bulan 5 inisiatif dengan dana RM235 Juta untuk komuniti India, bukti iltizam Kerajaan MADANI dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuhkan sosio ekonomi masyarakat India di negara ini untuk bangunkan komuniti India secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana lapisan masyarakat” kata Ramanan dalam satu kenyataan selepas mesyuarat bersama TEKUN Nasional.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

