KPM kesal video mengelirukan dakwa Negaraku dinyanyikan bukan dalam Bahasa Kebangsaan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) kesal tindakan seorang pempengaruh politik menularkan sebuah video yang mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan bukan dalam Bahasa Kebangsaan di sebuah sekolah di Perak.

KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.

“Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.

“Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial termasuk TikTok menunjukkan rakaman nyanyian lagu di sebuah sekolah yang didakwa dinyanyikan dalam bahasa Cina.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This