Fadhlina tawar diri bertanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal pada pemilihan peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, bulan ini.

Kata Menteri Pendidikan itu, keputusan berkenaan dibuat berikutan rasa terhutang budi kepada semua pihak yang membantu beliau sehingga mampu menjadi seorang Ahli Parlimen.

“Saya dan rakan mempertaruhkan seluruh jiwa, tenaga dan pasukan kami dengan kekuatan kemajmukan serta semangat keluarga besar PKR.

“Kita harus merangkul setiap kekuatan yang ada, menerajui iltizam memperkukuh parti dalam kepelbagaian menerusi bingkai kesatuan.

Baca artikel lain: Israel hentikan 70 peratus bekalan air ke Gaza – Majlis Perbandaran

“Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri dan khidmat kebaktian tertinggi untuk parti di cabang Nibong Tebal,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya, semalam.

Justeru Fadhlina memohon mandat anggota Cabang Nibong Tebal memberi peluang kepadanya menjadi pemimpin baharu.

Pada 26 Januari lalu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April ini.

Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti bagi sesi 2025-2028 pula dilaksanakan pada 24 Mei depan.

Fadhlina sebelum ini turut memaklumkan mempertahankan jawatan disandangnya ketika ini dalam pemilihan parti akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This