Israel hentikan 70 peratus bekalan air ke Gaza – Majlis Perbandaran

Dari Penulis

TENTERA Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Majlis Perbandaran Gaza, Hosni Mehanna berkata gangguan itu membabitkan saluran paip utama di kawasan kejiranan Shujaiya di timur Gaza City, lokasi di mana operasi ketenteraan Israel sedang giat dijalankan sejak Khamis lalu.

“Punca sebenar gangguan masih belum dikenal pasti, tetapi kami sedang bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menyiasat sama ada paip itu rosak akibat pengeboman oleh tentera Israel di kawasan itu,” kata Mehanna.

Beliau tidak menolak kemungkinan gangguan berpunca daripada tindakan ketenteraan secara langsung atau keputusan politik yang disengajakan oleh pihak berkuasa Israel.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran pagi ini

“Apa pun sebabnya, kesannya sangat membimbangkan. Sekiranya aliran air dari Mekorot tidak dipulihkan semula dalam masa terdekat, Gaza akan berdepan krisis air yang serius,” katanya.

Semenanjung Gaza, yang sekian lama bergelut dengan kekurangan air bersih akibat sekatan, keruntuhan infrastruktur dan pencemaran sumber air bawah tanah kini berisiko tinggi menghadapi dehidrasi meluas.

Sejak serangan ketenteraan Israel bermula pada Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban.

Serangan disambung semula pada Mac lalu selepas gencatan senjata hampir dua bulan.

— BERNAMA-ANADOLU

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This