PEMANDU Proton Iriz yang tular selepas menyebabkan nahas empat buah kenderaan di kilometer 18, Jalan Seremban-Kuala Pilah telah dikenakan tindakan dua saman.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pemandu Proton Iriz iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun itu telah melakukan kesalahan memotong garisan berkembar sehingga menyebabkan kemalangan disaman RM600.
Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi kelmarin membabitkan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish dan Perodua Aruz serta dua buah kereta jenis Toyota Vios dan Proton Iriz.
“Kemalangan berlaku ketika pemandu Iriz yang bekerja sebagai operator kilang dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Kuala Pilah telah memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku kemalangan dengan Aruz.
“Kemalangan itu menyebabkan pelanggaran dengan dua buah kenderaan lain. Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kemalangan ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan sebuah kenderaan memotong garisan berkembar sebelum berlakunya kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di kedua-dua arah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

