PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan secara maya dengan U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar bagi membicarakan soal keperluan kemanusiaan yang semakin mendesak di negara itu.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Thailand memberitahu, pertemuan maya itu berlangsung selama 40 minit, pagi tadi.
Menurut Anwar, beliau turut berbincang mengenai usaha bagi memastikan bantuan disampaikan secara berkesan kepada mereka yang paling terjejas di Myanmar.
Perdana Menteri berkata, beliau dan Khaing Than turut bertukar pandangan megnenai kepentingan meneruskan dialog sebagai sebahagian daripada usaha ke arah perdamaian.
“Beliau menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan secara fizikal di Malaysia pada waktu yang sesuai.
Baca artikel lain: Tarik balik pasukan ATM jika keselamatan terancam di Myanmar
“Sepertimana perbincangan saya bersama Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar semalam, dialog ini berlangsung dalam suasana yang terbuka dan membina. Keterlibatan kami dengan kedua-dua pihak diterima tanpa bantahan.
“Saat ini usaha membina kepercayaan kekal keutamaan dan proses ini perlu diterajui di bawah kerangka ASEAN.
“Kita akan meneruskan usaha rundingan dan dialog ini dengan semua pihak demi keamanan, perdamaian dan kesejahteraan rakyat Myanmar,” katanya dalam hantaran berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, beliau turut mengadakan pertemuan bersama kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, petang semalam.
“Perbincangan yang mendalam ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau.
“Ia termasuk percambahan idea ke arah menjamin keamanan yang berpanjangan di Myanmar sebagai prasyarat penting dalam memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berterusan kepada rakyatnya,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

